Berniaga secara part time bukan lagi senario pelik dewasa ini.
Majoriti pekerja khususnya yang berusia antara 25 hingga 50 tahun mempunyai perniagaan sampingan (part time).
Wajarkah?
Faktor kelemahan ekonomi keluarga adalah antara faktor kenapa ramai yang mula berniaga secara part time.
Sebab kedua pekerja berniaga secara part time adalah kerana keperluan merubah pendapatan hidup.
Tidak kurang juga orang berniaga part time untuk mengubah gaya hidup. Menambah pendapatan untuk membayar sedikit perkara 'mewah'.
Oh Ya. Impian juga adalah antara sebab individu bekerja berniaga secara part time.
Dengan faktor inflasi yang mendadak naik dari tahun ke setahun, di bandingkan pula dengan kenaikan gaji yang kecil, sudah tentu pendapatan sediada tidak mencukupi.
Maka amat wajar pekerja mula memilih untuk berniaga secara part-time!
Namun, pekerja yang berniaga secara part time harus tahu, tanggungjawab tugasan hakiki adalah amanah. Tidak wajar dikompromi.
#Seri Aishah

No comments:
Post a Comment